Posts RSS

Majlis Kesyukuran & Perpisahan


Sebenarnya brothers yang telah bertungkus-lumus menghidupkan bara api sejak dari 6.30 ptg.
Giliran sisters menjaga dapur bermula pada jam 8 malam. Maaf, gambar brothers kami tak sempat nak ambik. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam unit barbeque.

 

Hadiah untuk Sir Nazim








Selamat menghadapi final exam kepada semua penghuni CFS,IIUM. Khususnya kepada ahli PRESSS. Study tetap study, waktu berehat kena jaga juga. Jangan blank time exam sudah!

Ok, gambar di atas adalah program terakhir PRESSS. Program tersebut berobjektif untuk merapatkan ukhuwah di kalangan commitee, di samping majlis kesyukuran kepada second year yang bakal graduate pada sem ini dan sem akan datang. Majlis diadakan seperti berikut:


TARIKH : 7 Feb 2010 (Ahad)
MASA : 9pm-12am
TEMPAT : Smawip 3014
KEHADIRAN : 39 orang
VIP : Sir Nazim Mat Nawi
AGENDA : Ucapan, Jamuan, Sesi fotografi, Sesi Muhasabah & Doa Wehdah


Yang terlibat adalah terdiri daripada comittee second year, comitee first year dan juga comittee alumni. Majlis malam tu dimulakan dengan ucapan dari Sir Nazim kemudian Bro Azim (mantan pesiden) serta Sis Syaheera (mantan deputy presiden). Masing-masing memberikan kata-kata semangat, ucapan terima kasih dan juga mohon maaf mereka sepanjang berada dalam PRESSS.

Untuk pengetahuan semua, selepas ni Sir Nazim tidak lagi menjadi Advisor untuk PRESSS setelah memegangnya hampir dua batch (batch Murthada 07/09 dan batch Azim 08/10). Antara alasanya ialah ingin menumpukan sepenuh komitmen dalam pelajaran masternya dan juga alasan paling munasabah yang diberikan ialah -berita yang bakal menggembirakan semua orang iaitu Sir akan berkahwin insya-Allah pada bulan November ini. Dengar cerita isterinya sama-sama belajar satu kelas dulu kat UIA.

Selepas ucapan tamat, kami dihidangkan dengan jamuan yang sangat istimewa (setiap orang bayar RM2 shj) hidangan barbeque. Selain tu adalah kentang wedges, nugget, kuih-muih, jajan, dan juga aiskrim dalam cup. Rasanya semua berpuashati. Mudah-mudahan la.. Lepas jamuan, kami ada sesi bergambar dan diakhiri dengan sesi muhasabah. AAA.

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Popular Posts

Popular Posts

Regular Readers

Blog Info

MyFreeCopyright.com Registered & ProtectedMCN:BQGCH-D4AYW-6ML2T