Posts RSS

Selamat Tinggal Wan Areef!

Macam tak percaya, ada jugak sister yang tak tahu apa itu kulinari. Namun itulah kursus yang akan diambil oleh Wan Areef. Beliau akan menyambung pengajian dalam bidang diploma kulinari sama ada di UiTM Dungun ataupun Shah Alam.  Bulan Disember baru masuk ke sana. Sebelum tu katanya nak cari pengalaman kat McDonald dulu. Jap.. kulinari tu berkaitan dengan bidang masakan.Sister paling patut tahu benda ni.
Memang dah minat Wan Areef untuk memasak terutamanya membuat biskut. Katanya tak minat Sains. Sebab tu dia nak tukar kursus dari Bioscience ke Culinary.  Pada meeting terakhir bersama Wan Areef, dia berpesan pada kami semua:
“Jangan kita ikut apa yang orang lain nak tapi buatlah apa yang kita nak. Kita buat apa yang kita minat”. 
 Saya sokong pesanan Wan Areef tu.Tambahan, pastikan apa yang kita nak tuu.. tak lari daripada syariat agama kita.
Bak kata Bro. Hairunnaja, kaunsellor CFS IIUM, Petaling Jaya:
“You have a choice. You have a power. And you have to decide it by yourself . You have to make the decision...” 
Okaylah Wan Areef, sebelum kita berpisah, berikut ada sedikit kata-kata nasihat dari kami. Jangan lupakan kami di sini dan jangan pula lupa diri bila berada di tempat baru ya..
Berkatalah:
Hanif : Nanti dah sampai sana jangan nakal-nakal..!
Haikal: Mereka akan lihat Wan Areef sebagai pelajar UIA, so jagalah nama baik UIA. Dan jangan lupa cuba syiarkan Islam.
Solihin: Jangan lupa jaga iman dan amal..!
Arif: Nanti bila dah jadi chef bolehla kerja kat café UKC ke..
Azim: Terima kasih atas kerjasama selama ini dengan kami. Semoga Allah berkati keputusan Wan Areef.
Wan Areef Mahamud dalam kenangan merangkap Setiausaha Agung dan Pengerusi Majlis Setiausaha PRESSS
Hadiah kenang-kenangan dari family PRESSS
Berpelukan sebelum berpisah
Khusyuk mendengar bacaan Quran dan hadis
sementara menunggu kehadiran Wan Areef
Bergambar kenangan bersama committee
PRESSS (duduk di hadapan ialah com. first year
dan berdiri di belakang ialah com. second year)

Bookmark and Share

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Popular Posts

Popular Posts

Regular Readers

Blog Info

MyFreeCopyright.com Registered & ProtectedMCN:BQGCH-D4AYW-6ML2T