Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Memang di luar jangkaan. Fullhouse, blockbuster dan dewan yang penuh dengan student CFS adalah beberapa gambaran yang diberikan oleh rakan-rakan tentang suasana pada malam opening ceremony Star SEEker Week. Ada yang terpaksa bersila, tak kurang juga yang terpaksa berdiri. Wing(sayap) sebelah kanan dan kiri terpaksa dibuka untuk menampung kehadiran student yang begitu ramai. Sehinggakan speaker Us. Syaari mengeluarkan kenyataannya di dalam blog beliau di rijal82.blogspot.com.
“Apapun, saya tetap memanfaatkan sejam yang ada kerana mengambilkira pemilihan tajuk "Qiyamah 2012" oleh urusetia inilah telah menghadirkan limpahan mahasiswa-mahasiswi di kampus tersebut ke Dewan Al Malik Faisal, situasi yang tak pernah saya lihat dalam pengalaman saya berceramah. Bagaikan sedang berada di pentas ceramah politik pula saya.”
-Us. Syaari Abd Rahman
Di bawah ini pula komen dari isteri beliau sendiri yang turut hadir pada malam tersebut. Komen beliau telah dipostkan dalam blog beliau di srikandiharakah.blogspot.com
“Malamnya saya mengikut suami ke UIA PJ kerana beliau dijemput untuk menyampaikan sebuah talk yang bertajuk "QIYAMAH 2012". Buat pertama kalinya dalam sejarah sepanjang saya mengikuti suami memberi kuliah dan ceramah, saya melihat kehadiran audiens yang begitu ramai. MasyaAllah. Terkejut saya pada mulanya. Sampai melimpah ruah di Dewan Malik Faisal Pusat Asasi UIA PJ pada malam tersebut.
Alhamdulillah, talk anjuran Persatuan Pelajar Pre-Sains @ PRESSS (Pre-Science Students' Society) tersebut berjalan lancar. Saya yang selayaknya dan sepatutnya dah boring mendengar ceramah suami saya ini tak berkelip mata pada malam tersebut. Saya terlalu asyik dan teruja dengan pelbagai video menarik dan pendedahan demi pendedahan tentang Iluminati yang disampaikan oleh suami saya. Tahniah buat Ust Syaari yang telah berjaya menyampaikan talk tersebut dengan baik setelah berpenat lelah membuat research 2,3 hari sebelumnya.” -Kak Nurul Shuhada Hj Shuib.
Ini saya lihat merupakan barkah dari Allah di atas kesungguhan, kesabaran dan kejujuran committee Star Seeker Week terutama sekali dari unit Opening Ceremony. Tahniah untuk kalian. Sememangnya kita mestilah mengembalikan kesyukuran kita kepada Allah di atas setiap kebaikkan yang diberi. Namun disebalik kejayaan tersebut, ada juga program kami yang tidak mencapai kejayaan yang telah ditarget.
Contohnya exhibition. Dalam perancangan, kami ingin menjemput beberapa buah syarikat berkaitan dengan kerjaya Biosc dan Physc seperti syarikat Getah, Jabatan Kimia, MOSTI, Biotech.corp dan lain-lain. Sebaliknya kami hanya mempamerkan sekadar yang ada sahaja. Syukur juga kepada Allah.
Di sini, saya akan ceritakan sedikit tentang gerak kerja di sebalik tabir pengurusan PRESSS Week (PW)atau nama popularnya Star Seeker Week(SSW). Perancangan bermula dua minggu sebelum final exam sem 1 iaitu pada bulan Ramdhan yg lepas. Merupakan cabaran yang besar bagi kami untuk membuat meting pada saat yang mendesak ini. Selepas exam pula ..cuti. Persoalan, bila nak buat meting? Jalan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengadakan meting pada waktu final exam. Sungguh mencabar sekali!!.
Dianggarkan lebih 80 ahli PRESSS yang telah bekerja untuk menjayakan samaada secara langsung atau tidak langsung untuk PW ini. Sebelum itu, jom kita lihat objektif PW. Ia ada dua objektif yang jelas iaitu:
1. Untuk memberikan panduan yang jelas kpd pelajar PRESSS tentang halatuju mereka di alam kerjaya.
2. Untuk memberikan motivasi bertemakan ‘Keep Moving Forward’ kpd semua pelajar CFS dan khususnya kepada pelajar PRESSS.
Program manager untuk PW adalah tuan presiden sendiri iaitu Abdul Azim Bin Adnan dan dibantu oleh Deputy Pres. Sis. Syaheera Bt Atan. Organisasi PW terbahagi kpd lima unit dan lima ketua unit iaitu
i. Unit Opening Ceremony(Muhammad Zakaria Ahmad)
ii. Unit Talk (Abd Qahar Paiman)
iii. Unit Exihibition (Haikal Izzudin Azam)
iv. Unit Movie Show (N.M. Faez N.Othman)
v. Unit Promotion (Mohd Hanif Isa)
Di dalam meting, presiden menegaskan beberapa perkara penting iaitu
1. Penglibatan seberapa ramai ahli PRESSS dalam setiap program anjuran PRESSS
2. Program yang dianjurkan benar-benar bermanfaat kpd ahli
3. Keberkatan dari Allah
Pada pengamatan saya, secara keseluruhan, SSW Berjaya mencapai objektifnya seperti yang disebutkan di atas. Semua committee berasa puas dengan hasil usaha mereka masing-masing.
Berikut merupakan faktor kejayaan SSW:
-Munajat kepada Allah di awal dan penghabisan meting
-Program dijalankan di awal sem
-Promotion yang hebat
-Kesungguhan committee
-Tajuk yang sesuai dan menepati keadaan
-Keberkatan dari Allah
Tidak dinafikan setiap kejayaan itu sebenarnya ada masalah yang perlu kita harungi dahulu. Syukur masalah–masalah ini berjaya dihadapi dengan baik oleh kami. Mari kita lihat beberapa masalah getir yang berlaku untuk menjayakan SSW ini:
-Kurang komitmen dari committee
-Venue AMF pada awalnya clash dengan program lain
-Kekangan waktu (Final Exam, cuti akhir sem dan program pada minggu ke-2 naik sem)
-Sebahagian dari Ketua unit yang kurang bagi kerjasama dengan Asst. ketua unit
-Paperwork approve lambat( melambatkan usaha untuk tempah venue dan kelengkapan program)
Apa pun tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan SSW ini. Semoga Allah berkati usaha kita semua. Ameen
Sebelum kita berpisah, mari kita lihat beberapa keping foto sepanjang Star Seeker Week ini sebagai kenangan indah untuk tatapan kita bersama. Gambar tersebut akan dipostkan kemudian.
Read more